Sejarah Gencatan Gencatan_senjata

Perang Dunia Pertama

Semasa Perang Dunia Pertama, pada 24 Disember , 1914, terdapat gencatan senjata tidak rasmi di Barisan Barat seperti Perancis , United Kingdom dan Jerman untuk menyambut Krismas. Tiada perjanjian telah ditandatangani, dan perang kembali semula selepas beberapa hari.

Konflik Israel-Palestin

Contoh gencatan senjata dalam konflik Israel-Palestin telah diumumkan antara Israel dan Pihak Berkuasa Palestin pada 8 Februari 2005. Apabila diumumkan, ketua perunding Palestin Saeb Erekat mengumumkan gencatan senjata itu dengan takrifan seperti berikut: "Kami telah bersetuju bahawa hari ini Presiden Mahmoud Abbas akan mengisytiharkan pemberhentian penuh keganasan terhadap Israel di mana sahaja dan Perdana Menteri Ariel Sharon akan mengisytiharkan pemberhentian penuh dengan keganasan dan aktiviti ketenteraan terhadap rakyat Palestin di mana sahaja." Namun ia tidak bertahan lama.